Apakah yang dimaksudkan dengan sifar-sifar air itu?
Ijmak para ulamak mengatakan bahawa sifat-sifat air itu,ialah warna, rasa dan bau.Maksudnya kalau air tersebut(air sungai dan perigi) berubah salah satu dari sifat-sifat tersebut dengan sebab jatuh najis ke dalamnya maka di waktu itu tidaklah boleh dibuat bersuci denggannya lagi.ini dapat difahami dari keterangan sebuah hadis yang bermaksud: Bahawasanya air itu tidak dinajiskan dia oleh sesuatu melainkan barang yang mengerasi atas baunya dan rasanya dan warnanya.