Bolehkan sebutkan jenis-jenis air dan hukum-hukumnya?
Air terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Air mutlak atau air tabie iaitu air yang tidak dikaitkan dengan sesuatu jenama tertentu, maka hukumnya adalah suci lagi menyucikan, seperti air hujan,air laut,air perigi,air embun dan sebagainya. Kedua : Air mustakmal,iaitu air sedikit(kurang dari dua kolah)yang telah digunakan bagi sesuatu yang fardhu,atau yang bercampur dengan sesuatu yang suci sehingga menyebabkan berubah warna,rasa dan baunya maka hukumnya adalah suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain. Ketiga : Air mutanajis,iaitu air sedikit yang jatuh najis kedalamnya maka hukumnya adalah tidak suci dan tidak menyucikan. Keempat: Air musyammas,iaitu air yang terjemur atau dijemur di panas matahari yang terik dalam bekas yang boleh berkarat,maka hukumnya adalah suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan pada badan.