Berhubung dengan korban, apakah hukumnya?
Korban adalah salah satu dari bentuk-bentuk ibadat yang tersendiri yang dilakukan oleh hamba terhadap Allah Taala dengan menyembelih binatang Al-An'am sempena menyambut Hari Raya Korban, maka hukumnya adalah sunat muakkad. Dalam hubungan ini Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah Al-Kauthar ayat 1-2: “ Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) “. Dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w juga turut bersabda yang bermaksud: “ Diwajibkan korban keatas ku dan tidaklah diwajibkan ke atas kamu “.