Bilakah waktu yang dituntut kita bersolat dua hari raya tersebut?
Waktu solat Aidilfitri,ialah setelah terbit matahari pada hari raya dan sunat di ditakhirkan sedikit lebih kurang di antara jam 8 hingga 9 pagi kerana bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi menyelesaikan pembayaran zakat Fitrah. Manakala solat Aidil Adha sunat dikerjakan agak awal sedikit dari masa solat Aidilfitri,ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kaum muslimin bagi melakukan penyembelihan korban sebaik sahaja selesai dari mengerjakan solat Aid.