Bagaimanakah dengan pendapat yang mengatakan perubahan tabiat seseorang menunjukkan saat kematiannya sudah tiba?
Itu adalah tidak lebih dari pendapat atau kata-kata orang sahaja, sedangkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis tidak ada pun keterangan yang mengatakan demikian. Kalaulah benar perubahan tabiat seseorang itu menandakan ia akan mati, sudah tentu akan timbul pelbagai kekecohan dan kelam kabut dibuatnya, mengapa tidak? katakan seseorang yang sudah kelihatan berubah tabiatnya maka disuruh membeli kain kapan, disuruh mengorek liang atau kubur dan diberitahu kepada kaum keluarganya dan sanak saudaranya mengenai hal itu, tiba-tiba tidak mati, tunggu punya tunggu hingga beberapa lama tetapi masih belum mati, maka di waktu itu tentulah timbul berbagai kekecohan dan sebagainya. sebenarnya kata-kata berubah tabiat itu adalah timbul apabila seseorang itu sudah mati.