Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan sujud-sujud tersebut?

1.Sujud sahwi ertinya sujud kerana terlupa, maksudnya sujud ini adalah ekoran dari berlaku kesilapan atau ketinggalan sesuatu di dalam solat yang tidak membatalkannya, sujud ini hendaklah dilakukan sebanyak dua kali sebelum dari memberi salam walaupun berlaku beberapa kesilapan 2.Sujud Tilawah ertinya sujud kerana bacaan, maksudnya apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat al-quran yang termasuk dalam kumpulan ayat-ayat sajadah yang sebanyak 15 tempat semuanya, maka di waktu itu dituntut pembaca dan pendengarannya supaya sujud sekali sahaja, dan boleh juga dilakukan dalam solat yang dikenali dengan nama sujud sajadah. 3.Sujud Syukur ertinya, sujud kerana berterima kasih, maksudnya, apabila seseorang itu mendapat sebarang nikmat pemberian daripada Allah, atau ia terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya, maka ekoran dari itu hendaklah ia sujud sekali sahaja sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah Taala.

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124