Apakah solat-solat sunat yang dituntut supaya kita melakukannya secara berjamaah dan yang bersendirian?
Solat yang dituntut berjemaah ialah, solat tarawih, solat dua hari raya, solat istisqa’ , solat gerhana matahari dan bulan, solat witir pada nisfu yang kedua dalam bulan Ramadhan dan lain-lain lagi.Solat yang tidak dituntut berjemaah ialah solat rawatib, solat witir, solat tasbih, solat tahajud, Solat awwabin dan lain-lain lagi.