Apabila seseorang masuk ke dalam masjid padahal Imam sedang berkhutbah, adakah dituntut solat tahiyatul masjid?
Ya, memang dituntut supaya dia berbuat demikian, ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud: “ Daripada Jabir telah redha Allah daripadanya katanya: telah masuk seorang lelaki ke dalam masjid pada hari Jumaat padahal nabi sedang berkhutbah, maka sabdanya: Sudahkah kamu bersolat? jawab lelaki itu tidak, sabda Baginda: bangun maka solatlah 2 rakaat ”.