Bolehkah di terangkan contoh najis-najis tersebut dan cara menyucikannya?
Najis berat seperti: anjing,babi dan keturunan dari kedua-duanya atau salah satu dari kedua-duanya walaupun dengan binatang suci. Cara menyucikannnya ialah dengan bersamak, iaitu membasuhkannya sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah. Najis ringan seperti:air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan sesuatu selain dari susu ibunya.Cara menyucikannya,ialah dengan dipercikkan air keatasnya.Manakala najis pertengahan,ialah najis-najis selain dari najis berat dan najis ringan seperti: najis manusia dan binatang,darah,bangkai,arak,muntah dan lain-lain.Maka cara menyucikannya ialah mula-mula sekali hilangkan ainnya terlebih dahulu(jika ada),kemudian disucikan dia dengan air hingga hilang warna rasa dan baunya.